19 Sept 2018

Pemakanan Nisa Sepanjang Hamil



Assalamualaikum 

Sepanjang pregnant, Nisa takde mengidam makanan yang susah nak dapat. Kira takde la drama swasta menangis tak dapat makan something. Alhamdulillah :)
Okay so kita straightforward jela ye.

PEMAKANAN NISA SEPANJANG PREGNANT

1. Nisa hantu nasi. 
Betul ye puan-puan semua. Dalam sehari, kadang-kadang 3x nisa akan makan nasi. Jangan ikut ye perangai camni. Tak elok untuk badan. Tapi fasa makan nasi macam bela saka ni bertahan hanya pada trimester kedua sahaja. 1st & 3rd trimester tak lalu nak makan nasi sebab alahan datang balik.

2. Junk food @ Fast food
Yang ni boleh dikira dengan jari je berapa kali nisa makan sepanjang pregnant. Part yang ni boleh control lagi sebab nisa bukan penggemar makanan segera. Kalau boleh, korang jangan makan terus pun takpe. Bukannya berkhasiat pun untuk kita dan baby.

3. Buah - buahan dan sayur
Nisa akan pastikan dalam peti sejuk sentiasa ada stok dua benda ni. Sayur dan buah sangat-sangat penting! Serius time mengandung, nisa kena sembelit tau. Baru perasan masa tu dah seminggu kurang makan sayur dan buah. So no wonder la kena sembelit. I tell you sembelit tu sakit tau tak. Marilah ibu hamil sekalian makan la buah dan sayur secukupnya. Kalau rajin buat la jus. Nyumm sedapnya

4. Supplement Shaklee
B complex, Vitamin C, Vitalea, ESP, Omega Guard & Ostematrix antara supplement yang Nisa consume sepanjang pregnant. ESP bagi tenaga dekat Nisa since 2nd & 3rd trimester dah kurang makan nasi. Takdela lembik je. Alhamdulillah 

5. Kelapa Dara
Start minum masa kandungan 5 bulan tak silap. Sehari 3 sudu sebelum makan. Nisa ambil 3 sudu pagi sebelum breakfast atau malam sebelum tidur. Sangat membantu untuk senang membuang. Najis lembut tak keras so takdela kena sembelit. 

6. Kismis dan Kurma
Boleh makan masa awal preggy lagi. Tapi makesure pilih kurma dan kismis yang tak disalut dengan gula ye. Pilih yang original. Sekarang banyak kurma yang direndam dalam air gula nak bagi rasa manis tu. Be careful ya mommies.

7.Susu Kambing
Kandungan dah masuk 6 bulan macamtu baru Nisa start minum. Nisa minum susu kambing jenama Higoat.

8. Badam
Kudapan waktu petang dekat ofis. Kadang-kadang datang mood nak mengunyah Nisa akan makan badam dalam 5-7 biji macamtu. Nak overcome craving makan benda merapu. Hehe

9. Air Kelapa
Nisa start minum masa 1st trimester lagi. Tapi bukan hari-hari la. Dah masuk 2nd trimester baru nisa kerap minum air kelapa muda. Ni depends dekat badan masing-masing ye. Macam nisa setakat ni Alhamdulillah okay je minum. Rasa segar badan bila minum. Pesanan ikhlas nisa, jangan letak gula atau ais batu ye. Minum terus je camtu, kalau nak sejuk letak dalam peti kejap.


So ni la list pemakanan nisa sepanjang mengandungkan Al Fateh. Semoga ibu di luar sana dapat preggy journey yang sangat menyeronokkan. InsyaAllah

September 19, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment