21 Sept 2018

My 1st Pregnancy Journey

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang beri rezeki zuriat ini. Now i,m officially ummi to Muhammad Al Fateh. Boleh panggil UmmiNis dah kot lepas ni haha. Perjalanan sepanjang mengandungkan Al Fateh sangat la seronok. Fyi, ini kali kedua Nisa pregnant selepas keguguran masa kandungan pertama. Allah Maha Besar. Dia bagi peluang dekat Nisa dan suami rasa nikmat jadi parents untuk kali ni. Thanks Allah.

.
1st trimester bagi Nisa boleh tahan mencabar jugak sebab Nisa loya-loya almost every day. Berat pun turun 4 kilo padahal sebelum pregnant nak turun 500gram pun payah hehe.Makan muntah makan muntah dan begitulah seterusnya. Tapi Nisa think positif je, kita kuatkan diri sendiri. Thank you suami sebab dalam fasa loya muntah ni, Nisa memang tak boleh nak masak langsung. So suami la take over. We love you Abi  :)


.
Okay dah masuk 2nd trimester, semua makin okay. Dah takde loya pening muntah semua tu. Alhamdulillah time ni enjoy sangat sebab dah boleh makan macam-macam. Rasa macam Allah mudahkan sepanjang mengandung. Selera makan pun dah ada balik.Kira masa ni balas dendam balik la,Nisa boleh makan nasi 3 kali sehari padahal sebelum ni 2 hari tak makan nasi pun takpe. Yes, 1st trimester Nisa tak heran pun nasi ni. Yela dah lepas makan muntah pedih tekak baik nisa makan benda lain. Boleh survive tanpa nasi selama 2 hari masa awal-awal preggy. Memang macam-macam kan tekak ibu mengandung ni. Haha


.
Fasa last preggy which is 3rd trimester, loyaku datang semula tapi tak seteruk dulu. So everything under control. Fasa ni memang berdebar-debar dah. Tengah prepare mental dan fizikal nak berjuang dalam labour room nanti. Alhamdulillah 7 June 2018 lahirlah Muhammad Al-Fateh ke dunia. Abi dan Ummi doakan Al-Fateh menjadi anak yang soleh yang akan bawa kami ke syurga Allah Amin.




September 21, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment