22 Nov 2016

MACAMANA NAK CLEARKAN NAMA DARI BLACKLIST TELCO MAXIS

Assalamualaikum semua,

Okay minggu lepas nisa nak beli P70 plan umobile postpaid,tapi bila check rupanya nama nisa kena blacklist dengan maxis.Jeng jeng time tu dah cuak dah " berapa banyak aku hutang ni sampai kena blacklist".

Untuk menenangkan diri kononnya,nisa try pulak check nama dekat digi sebab umobile dah tak boleh kan? Rupanya dekat digi pun sama,dorang cakap nisa kena blacklist dengan maxis.Korang tau tak sekarang ni semua telco dah linked dengan CCTOS & CCRIS.

Masa tu hati dah tak tenang,yela kita ada hutang kan.Tak lena tidoq oii.Hahaha.Nisa ambil keputusan nak contact maxis and tanya la kenapa kena blacklist.Bila maxis check rupanya nisa ada outstanding payment tahun 2011 Rmxxx.Lepas tu mula la flashback balik ke tahun 2011.Hahahahaha.Rupanya nisa ada pakai broadband and lepas tu terminate tanpa bayar balance tu.

Cara korang nak clearkan nama korang dari blacklist ni senang je sebenarnya.

1. Sila minta bill statement yang mengatakan korang ada outstanding payment.

2. Bayar semua baki yang tertunggak tu

3. Lepas dah bayar hantar bukti pembayaran dekat telco yang korang berhutang.

4.Dalam masa 48jam nama korang akan clear dari blacklist.Untuk kepastian sila call untuk buat pengesahan.Macam nisa hari tu dah 48jam still nama tak clear lagi.Rupanya nama nisa sangkut lagi dekat CCRIS. Nisa call maxis push supaya cepatkan.Alhamdulillah tak sampai 2 jam pun dah settle.

5.Dah siap semua tu bolehlah korang register nama untuk telco yang lain.If nama korang tak clear lagi pun boleh sebenarnya nak terus register telco lain.Caranya adalah korang pergi mana-mana maxis/umobile/celcom centre untuk minta release letter.Tapi pastikan sebelum korang request released letter tu payment dah clear okay.Dah dapat released letter tu terus pergi mana-mana telco yang korang nak register tu.


Good Luck.
November 22, 2016 / by / 5 Comments

5 comments:

Unknown said...

Salam hi. Nak tanya awak mintak bill statement from maxis tu macam mana eh awak call diorang ke or pergi store? Thanks

Nisa Riduan said...

Hai cikpah.Nisa kol & dorang hntr statement by email

Unknown said...

Ada number x?

Anonymous said...

Salam. Saya pun ada hutang Maxis berjumlah RM300++. Last payment tahun 1999. Nak minta diskaun utk buat full settlement, Maxis tak bagi. Tapi nama saya tak ada pun dalam CTOS @ CRIS.

Unknown said...

hahaha memanglah kalau da bayar tak adalah lagi blacklist nya ingat boleh clear tanpa membayar

Post a Comment